Friday, August 28, 2015

PENDEKATAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Pendidikan Penceghan Dadah dilaksnakan di sekolah sekolah menerusi empat bidang utama iaitu:-
a)    Pengurusan dan pentadbiran
b)    Kurikulum
c)     Kokurikulum
d)    Pembangunan Sahsiah

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Penubuhanan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah di Peringkat Sekolah yang di pengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar.
Jawatankuasa ini akan ditubuhkan dengan melibatkan pihak sekolah, PIBG dan ahli komuniti seperti PDRM, AADK dan PBT.
Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa ini adalah bagi memastikan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah sekolah berfungsi dengan betul.

Jawatankuasa PPDa sekolah perlu bergiat aktif bagi memastikan perancangan takwim PPDa sepanjang tahun dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.  Jawatankuasa ini bertanggungjawab bagi memastikan semua perancangan aktiviti PPDa dilaksanakan dan dipatuhi takwimnya. Bilik/ laluan/sudut PPDa dan Minggu PPDa akan dikendalikan sepenuhnya oleh jawatankuasa ini

PENDEKATAN KURIKULUM
Murid -murid akan mendapat pengetahuan bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV melalui pengajaran dalan subjek Pendidikan Kesihatan.
Menerusi subjek-subjek lain murid-murid juga akan didedahkan secara tidak langsung menerusi subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Moral dan Agama.

KOKURIKULUM
Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), Doktor Muda dan Karnival PPDa adalah aktiviti yang dilaksanakan menerusi pendekatan kokurikulum. Dalam pendekatan ini murid-murid berpeluang mengembangkan bakat dengan menyertai kegiatan-kegiatan yang dijalankan.

PEMBANGUNAN SAHSIAH
Menerusi program pembangunan sahsiah murid, pihak kaunselor atau guru bimbangan akan berperanan secara aktif bagi merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk murid-murid samada melalui pendidikan pencegahan atau pendidikan intervensi.
Aktiviti pembangunan sahsiah yang rancang bagi menyokong pendidikan pencegahan seperti Sahabat PPDa, Program Gerak Sedar Bersepadu, Nafas Segar dan  Seminar PPDa.