Tuesday, September 1, 2015

STRATEGI PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH

Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan melalui dua strategi iaitu:
a)     Pendidikan Pencegahan
b)    Pendidikan Intervensi

PENDIDIKAN PENCEGAHAN
Melalui strategi pendidikan pencegahan maklumat bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV kepada seluruh warga sekolah. Semua murid akan mendapat maklumat tersebut secara langsung dan tidak langsung.
Aktiviti-aktiviti  Pendidikan Pencegahan yang dijalankan di sekolah-sekolah:-
a)     Penyampaian mesej 5 minit
b)    Minggu PPDa
c)     Bilik/laluan/sudut PPDa
d)    Kursus atau Kem Kepimpinn PPDa
e)     Karnival PPDa
f)      Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) - sekolah menengah
g)     Doktor Muda- sekolah rendah
h)    Pengajaran dalam subjek dalam kurikulum
i)       Ujian urin dan soal selidik

Pendidikan Pencegahan juga dilaksanakan di peringkat daerah dan negeri dengan memberi penekanan kepada kursus-kursus khas kepada murid-murid yang mampu menjadi agen kepada penyebaran maklumat bahayanya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV. Kursus pendidikan pencegahan yang dilaksanakan di peringkat  daerah dan negeri adalah seperti:-
a)     Sahabat PPDa
b)    Program Gerak Sedar
c)     Program Nafas Segar
d)    Jambori Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
e)     Seminar PPDa

PENDIDIKAN INTERVENSI
Pendidikan intervensi adalah starategi PPDa yang diaplikasikan khas kepada murid-murid dipilih atau dikenali pasti berisiko kepada ancaman dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV. Dalam melaksanakan strategi ini Jawatankuasa PPDa bersama-sama dengan kaunselor akan merancang program khusus untuk murid-murid yang  berisiko atau terdedah kepada ancaman dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV.

KRITERIA MURID-MURID BERISIKO
1.     Murid yang disyaki terlibat dadah

a)     Laporan ujian urin bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan
b)    Laporan tangkapan polis

2.     Pengakuan murid
3.     Laporan murid merokok
4.     Laporan murid ponteng
5.     Soal selidik PPDa yang dijalankan semasa ujian urin


Aktiviti-aktiviti Pendidikan Intervensi yang dilaksanakan di sekolah:-
1.     Kaunseling

i.                   Guru Kaunseling akan membimbing murid-murid yang di kenal pasti menerusi sesi kaunseling secara berjadual.
ii.                 Murid-murid berkenaan akan dipantau oleh guru kaunseling dengan menggunakan rekod seliaan khas yang diberikan oleh Pegawai PPDa Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri.

2.     Program Intervensi Anak Negara (INTAN)

i.                   Program ini berasaskan kaunseling khas yang dilaksanakan secara terancang selama 3 hari 2 malam dengan tumpuan khusus bagi membantu murid membuat keputusan yang betul.

3.     Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya

i.                   Program ini menekankan pembentukan jati diri bagi memastikan murid-murid berkenaan mempunyai jati diri yang kukuh serta mampu melawan pengaruh dadah.
ii.                 Program ini dilaksanakan selama 4 hari 3 malam oleh AADK dengan melibatkan guru-guru kaunseling dan pegawai PPDa.




Friday, August 28, 2015

PENDEKATAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Pendidikan Penceghan Dadah dilaksnakan di sekolah sekolah menerusi empat bidang utama iaitu:-
a)    Pengurusan dan pentadbiran
b)    Kurikulum
c)     Kokurikulum
d)    Pembangunan Sahsiah

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Penubuhanan Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah di Peringkat Sekolah yang di pengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar.
Jawatankuasa ini akan ditubuhkan dengan melibatkan pihak sekolah, PIBG dan ahli komuniti seperti PDRM, AADK dan PBT.
Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa ini adalah bagi memastikan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah sekolah berfungsi dengan betul.

Jawatankuasa PPDa sekolah perlu bergiat aktif bagi memastikan perancangan takwim PPDa sepanjang tahun dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.  Jawatankuasa ini bertanggungjawab bagi memastikan semua perancangan aktiviti PPDa dilaksanakan dan dipatuhi takwimnya. Bilik/ laluan/sudut PPDa dan Minggu PPDa akan dikendalikan sepenuhnya oleh jawatankuasa ini

PENDEKATAN KURIKULUM
Murid -murid akan mendapat pengetahuan bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV melalui pengajaran dalan subjek Pendidikan Kesihatan.
Menerusi subjek-subjek lain murid-murid juga akan didedahkan secara tidak langsung menerusi subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Moral dan Agama.

KOKURIKULUM
Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), Doktor Muda dan Karnival PPDa adalah aktiviti yang dilaksanakan menerusi pendekatan kokurikulum. Dalam pendekatan ini murid-murid berpeluang mengembangkan bakat dengan menyertai kegiatan-kegiatan yang dijalankan.

PEMBANGUNAN SAHSIAH
Menerusi program pembangunan sahsiah murid, pihak kaunselor atau guru bimbangan akan berperanan secara aktif bagi merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk murid-murid samada melalui pendidikan pencegahan atau pendidikan intervensi.
Aktiviti pembangunan sahsiah yang rancang bagi menyokong pendidikan pencegahan seperti Sahabat PPDa, Program Gerak Sedar Bersepadu, Nafas Segar dan  Seminar PPDa.