STRATEGI
PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
Pendidikan
Pencegahan Dadah dilaksanakan melalui dua strategi iaitu:
a) Pendidikan Pencegahan
b) Pendidikan Intervensi
PENDIDIKAN PENCEGAHAN
Melalui strategi pendidikan pencegahan maklumat bahaya dadah, rokok,
inhalan, alkohol dan HIV kepada seluruh warga sekolah. Semua murid akan
mendapat maklumat tersebut secara langsung dan tidak langsung.
Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pencegahan yang dijalankan di
sekolah-sekolah:-
a) Penyampaian mesej 5 minit
b) Minggu PPDa
c) Bilik/laluan/sudut PPDa
d) Kursus atau Kem Kepimpinn PPDa
e) Karnival PPDa
f) Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) - sekolah
menengah
g) Doktor Muda- sekolah rendah
h) Pengajaran dalam subjek dalam kurikulum
i) Ujian urin dan soal selidik
Pendidikan
Pencegahan juga dilaksanakan di peringkat daerah dan negeri dengan memberi
penekanan kepada kursus-kursus khas kepada murid-murid yang mampu menjadi agen
kepada penyebaran maklumat bahayanya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV.
Kursus pendidikan pencegahan yang dilaksanakan di peringkat daerah dan negeri adalah seperti:-
a) Sahabat PPDa
b) Program Gerak Sedar
c) Program Nafas Segar
d) Jambori Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
e) Seminar PPDa
PENDIDIKAN INTERVENSI
Pendidikan intervensi adalah starategi PPDa yang diaplikasikan khas
kepada murid-murid dipilih atau dikenali pasti berisiko kepada ancaman dadah,
rokok, inhalan, alkohol dan HIV. Dalam melaksanakan strategi ini Jawatankuasa
PPDa bersama-sama dengan kaunselor akan merancang program khusus untuk
murid-murid yang berisiko atau terdedah
kepada ancaman dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV.
KRITERIA
MURID-MURID BERISIKO
a) Laporan ujian urin bersama Agensi Anti Dadah
Kebangsaan
b) Laporan tangkapan polis
3. Laporan murid merokok
4. Laporan murid ponteng
5. Soal selidik PPDa yang dijalankan semasa ujian urin
Aktiviti-aktiviti Pendidikan Intervensi yang
dilaksanakan di sekolah:-
i.
Guru
Kaunseling akan membimbing murid-murid yang di kenal pasti menerusi sesi
kaunseling secara berjadual.
ii.
Murid-murid
berkenaan akan dipantau oleh guru kaunseling dengan menggunakan rekod seliaan
khas yang diberikan oleh Pegawai PPDa Pejabat Pendidikan Daerah dan Negeri.
i.
Program
ini berasaskan kaunseling khas yang dilaksanakan secara terancang selama 3 hari
2 malam dengan tumpuan khusus bagi membantu murid membuat keputusan yang betul.
i.
Program
ini menekankan pembentukan jati diri bagi memastikan murid-murid berkenaan
mempunyai jati diri yang kukuh serta mampu melawan pengaruh dadah.
ii.
Program
ini dilaksanakan selama 4 hari 3 malam oleh AADK dengan melibatkan guru-guru
kaunseling dan pegawai PPDa.
No comments:
Post a Comment